Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS)


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Astro sedang dalam proses membekalkan set Astro Kampus ke semua sekolah di Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama semua sekolah agar dapat mematuhi terma dan syarat lokasi pemasangan indoor set - Digital Multimedia Gateway (DMG) dan TV dan juga Out Door Unit (ODU) seperti berikut:

1. Peralatan DMG dan TV hendaklah diletakkan di lokasi berikut:
a) Bilik Media atau
b) Bilik Tayang atau
c) Pusat Sumber Sekolah (PSS) atau
d) Mana-mana bilik atau ruang yang selamat dan terkawal yang mesti dipersetujui oleh pentadbir sekolah dan Astro sebelum pemasangan, sekiranya bilik yang tersebut di atas tidak ada di sekolah tersebut.

2. Sekolah perlu menyediakan satu meja bersaiz 37" (T) x 33"(L) x 24" (P) untuk meletakkan perkakasan ini.

3. Menyediakan 1 AC Power Point untuk sambungan ke perkakasan.

4. Pemasangan ODU hendaklah dipasang di tempat yang sesuai dengan mengambil kira aspek keselamatan guru dan pelajar, seperti:
a) Di bumbung bangunan sekolah atau
b) Sekurang-kurangnya di tingkat 2 ( bagi bangunan yang melebihi 2 tingkat) atau
c) Mana-mana kawasan selamat yang dipersetujui oleh pentadbir sekolah.

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2