PENARAFAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Penarafan SSQS bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan 2010 dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari yang dipengerusikan oleh Ketua Setiusaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Flagship Coordination Comittee FCC) yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Ketua Setiausaha Negara.

3. Sehubungan dengan itu kerjasama tuan/puan dipohon untuk membantu menyelaraskan pelaksanaan tersebut di sekolah. Tempoh penarafan bermula dar 19 Julai hingg 30 Ogos 2010. Kerjasama tuan juga dipohon untuk menggunakan indikator SSQS Jun 2008.

4. Sebarang pertanyaan , pihak tuan/puan boleh menghubungi Pn. Maimunah Bt. Mohd. Tahir di talian 03 - 20987753 atau En. Mahmud Pa'aid bin Yusoff, 03 - 20987012 atau emel kepada best@moe.edu.my

Kerjasama tuan/pua didahului dengan ucapan terima kasih.

Hj. Mohd. Abas Bin Aboo Bakar

PTP1 PKG Balik Pulau