Buku Rakan Pembaca

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa pembelian Buku Rakan Pembaca boleh dilakukan sama ada secara terus di BTPN Pulau Pinang atau melalui PKG. Harga senaskhah adalah sebanyak RM2.00. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau LO. Sila hubungi PKG di talian 04-8666039 untuk keterangan lanjut.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Pertandingan Anugerah PSS Peringkat Negeri 2009

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah berikut telah layak untuk bertanding dalam Pertandingan Anugerah PSS Peringkat Negeri bagi Tahun 2009 untuk kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Sekolah tersebut ialah :

SJKC Yu Chye

Untuk pengetahuan semua, penghakiman bagi pertandingan ini akan berlangsung pada 10 Februari 2010. Selain daripada sekolah ini, tiga buah sekolah lagi yang bertanding dibawah kategori yang sama adalah seperti berikut :

1. SJKT Ladang Changkat (PKG Nibong Tebal)
2. SJKT Ladang Transkrian (PKG Nibong Tebal)
3. SJKC Shih Chung Pusat (PKG Kelawai)

Semoga tahun 2010 ini akan membawa kejayaan kepada PKG Balik Pulau amnya dan kepada sekolah ini khususnya.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Program Khidmat Bantu PSS - ISO Oleh BTPN Pulau Pinang Tahun 2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak BTPN Pulau Pinang telah memilih sekolah berikut untuk diberi Khidmat bantu ISO bagi PSS untuk kategori Sekolah Rendah. Sekolah tersebut ialah:

SK Titi Teras

Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga ianya akan menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sekolah ini khususnya dan PKG Balik Pulau amnya.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Projek Penggantian Makmal Komputer & LAN Tahun 2009

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Berikut adalah senarai sekolah penerima bagi Projek Penggantian Makmal Komputer.

1. SMK Seri, Balik Pulau (BTP)
2. SM Teknik, Balik Pulau (BTP)
3. SK Sungai Pinang (JPNPP)
4. SK Titi Teras (JPNPP)

Berikut adalah senarai sekolah penerima Projek LAN.

1. SK Kongsi
2. SK Titi Teras
3. SMK Seri, Balik Pulau
4. SMK St. George, Balik Pulau
5. SM Teknik, Balik Pulau

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga pemberian projek ini menjadi satu inspirasi dan dorongan bagi semua warga sekolah yang terlibat agar dapat meningkatkan mutu pendidikan ICT sejajar dengan hasrat JPN iaitu 'Pendidikan Pulau Pinang Di Persada Antarabangsa' dan juga hasrat BTP iaitu 'Teknologi Untuk Pendidikan Bestari'.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Tawaran Pengisian Jawatan Sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gred DGA 29

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang mempelawa semua guru gred DGA 29 bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan yang tersebut di atas pada tahun ini. Permohonan ini adalah untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 2 di PKG Bayan Lepas, PKG Gelugor, PKG Air Itam dan PKG Nibong Tebal. Borang permohonan boleh didapati di laman web BTP atau di BTPN Pulau Pinang atau di PKG. Semua permohonan yang dikemukakan ke BTPN Pulau Pinang hendaklah mendapat pengesahan dan sokongan daripada Guru Besar dan Pengarah JPN Pulau Pinang terlebih dahulu. Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Januari 2010.

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Maklumat GPM/Guru ICT/GPB 2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Kerjasama adalah dipohon kepada semua GPM/Guru ICT/GPB bagi mengisi borang maklumat yang tertera di bawah ini. Pengisian maklumat ini adalah untuk mengemaskinikan data semua GPM/Guru ICT/GPB bagi tahun 2010.

Tarikh akhir pengisian borang ini adalah pada 31 Januari 2010. Kerjasama pihak tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Mesyuarat Penyelarasan Guru ICT Kali 1/2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Mesyuarat Penyelarasan Guru ICT Kali 1/2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Januari 2010 (Isnin)
Masa : 2.30 hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Balik Pulau

Untuk pengetahuan semua, surat panggilan mesyuarat telah dikeluarkan pada 18 Januari 2010.
Sehubungan dengan itu, semua Guru ICT/GPB sekolah setempat PKG Balik Pulau diwajibkan hadir.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2