Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Pihak PKG ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada :

SJKC Yu Chye

kerana telah mendapat TEMPAT PERTAMA dalam Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah bagi kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) Peringkat Negeri bagi Tahun 2009.

Tahniah dan syabas kepada warga sekolah ini yang telah mengharumkan nama sekolah khasnya dan PKG Balik Pulau amnya. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong dan motivasi terutamanya sekolah-sekolah setempat yang lain agar berusaha untuk menempatkan sekolah masing-masing dalam pusingan akhir pertandingan ini. Keputusan penuh Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri 2009 adalah seperti berikut :

Kategori Sekolah Kurang Murid (SKM)
1. SJKC Yu Chye
2. SJKT Ladang Changkat
3. SJKC Shih Chung (Pusat)
4. SJKT Ladang Transkrian

Kategori Sekolah Kebangsaan Luar Bandar
1. SK Sungai Acheh
2. SK Keledang Jaya
3. SK Jawi
4. SK Penaga

Kategori Sekolah Kebangsaan Bandar
1. SK Bertam Indah
2. SK Taman Senangan
3. SK Tanjung Tokong
4. SJKC Moh Ghee (Pusat)

Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar
1. SMK Tunku Abdul Rahman
2. SMKA Al-Irshad
3. SMK Guar Perahu
4. SMK Teluk Kumbar

Kategori Sekolah Menengah Bandar
1. SMK Tinggi Bukit Mertajam
2. SMK Bertam Indah
3. SMK Pauh Jaya
4. SMK Convent Green Lane

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Tips Penyelesaian Masalah Mengemaskini Data Dalam iQ-PSS & i-NILAM BTP Tarantula

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Kepada GPM/Guru Data/Guru Penyelaras NILAM/Setiausaha NILAM yang menghadapi kesukaran untuk mengisi atau menyimpan data di laman web BTP Tarantula, sila ambil langkah berikut:


1. Semak versi web browser yang anda gunakan. Anda sepatutnya menggunakan moden web browser seperti Google Chrome versi 2.0 ke atas ATAU Mozilla Firefox versi 3.0 ke atas ATAU Safari versi 3.2 ke atas ATAU Internet Explorer versi 7.0 ke atas.


2. Sila pastikan JavaScript web browser anda enable (by default: moden browser, JavaScript memang sudah enable).


3. Bagi komputer yang dipasang dengan perisian antivirus seperti Kaspersky, sila pastikan lesen antivirus anda tidak tamat tempoh (expired). Perisian antivirus seperti Kaspersky yang telah tamat tempoh didapati mengganggu talian internet yang menyebabkan capaian internet anda menjadi sangat perlahan. Sila renew/disable perisian antivirus anda sekiranya telah tamat tempoh.


4. Sekiranya komputer anda diaktifkan dengan ciri websense seperti yang terdapat dalam perisian antivirus Kaspersky dan AVG, sila disable ciri websense ini atau setkan bypass websense scan bagi laman web BTP Tarantula.


5. Sekiranya komputer anda menggunakan firewall, sila setkan laman web BTP Tarantula sebagai trusted site.


6. Rajin-rajinlah clean history dan cache web browser anda.


Sila berhubung dengan PKG di talian 04-8666039 sekiranya menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan.


Sekian, harap maklum.


Ahmad Fauzi Komari

Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Senarai Email Sekolah Setempat PKG Balik Pulau


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PKG Balik Pulau telah pun menyiapkan senarai email bagi semua sekolah setempat di kawasan Balik Pulau. Sehubungan dengan itu, diminta semua sekolah agar dapat menggunakan email ini bagi semua urusan yang berkaitan dengan PKG kelak. Senarai email semua sekolah adalah seperti yang tertera.

Untuk pengetahuan semua, Kata Laluan sementara boleh di perolehi dengan menghubungi PKG di talian 04-8666039 pada waktu pejabat. Sila buka email sekolah masing-masing bagi muat turun bahan yang telah di emailkan oleh PKG. Adalah dinasihatkan agar Kata Laluan email sekolah masing-masing dapat ditukar kepada yang baru untuk tujuan keselamatan. Besarlah harapan PKG agar email ini dapat digunakan dengan sepenuhnya sebagai medium perhubungan antara sekolah dan PKG selain daripada laman blog yang sedia ada. Marilah kita bersama-sama meningkatkan martabat sekolah dan juga PKG Balik Pulau agar seiring dengan pembangunan ICT dunia sejajar dengan hasrat Bahagian Teknologi Pendidikan iaitu 'Teknologi Untuk Pendidikan Bestari'.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Mesyuarat Penyelarasan GPM Kali 1/2010



Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 10 Februari yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat PKG. Dalam mesyuarat ini, pihak PKG telah menjemput PTP 1 PKG Gelugor iaitu Encik Azman Mahmood bagi memberikan sedikit input kepada semua GPM terutamanya GPM baru dalam menguruskan PSS masing-masing. Selain itu, PTP 1 PKG Balik Pulau, Tuan Haji Mohd Abas Aboo Bakar telah memberikan input berkenaan dengan Laman Blog PKG, Kampus Astro, bahan edaran ke sekolah-sekolah, Kursus Asas dan Pertengahan PSS dan juga iQ-PSS Tarantula. PTP 2 PKG Balik Pulau, Encik Ahmad Fauzi Komari telah memberikan input berkenaan dengan Program Automasi PSS iaitu SiAPS yang diberikan secara percuma kepada sekolah-sekolah yang berminat. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

CD Perisian Sistem Automasi Pusat Sumber Sekolah (SiAPS)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PKG Balik Pulau telah pun selesai membuat proses rakam salin Perisian SiAPS bagi sekolah-sekolah yang telah membuat tempahan. Sehubungan dengan itu, diminta wakil sekolah-sekolah yang berkenaan hadir ke PKG untuk mengambil CD Perisian tersebut pada waktu pejabat. Bagi sekolah-sekolah yang berminat untuk membuat tempahan baru, sila berhubung dengan PKG di talian, 04-8666039.

Sekian, harap maklum


Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Aktiviti Penarafan PSS (iQ-PSS) & Kutipan Data NILAM (i-NILAM) BTP Tarantula 2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Aktiviti Penarafan PSS (iQ-PSS) dan Kutipan Data NILAM (i-NILAM) bagi tahun 2010 telah pun bermula. Untuk itu diminta semua GPM/Guru Data/Guru Penyelaras NILAM/Setiausaha NILAM agar dapat :

iQ-PSS Tarantula (GPM)

1. Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan.
2. Isi borang Penarafan iQ-PSS secara online.
3. Masukkan catatan anda sebagai GPM.
4. Cetak iQ-PSS dan majukan borang tersebut kepada Pengetua/Guru Besar anda untuk pengesahan yang Pengetua/Guru Besar telah bersetuju atas penilaian yang telah dibuat secara online.
5. Kemaskini iQ-PSS secara online dengan menandakan ruangan Pengetua/Guru Besar.
6. Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS sekolah anda ke PKG Balik Pulau secara online.

i-NILAM (GPM/Guru Data/Guru Penyelaras NILAM/Setiausaha NILAM)

1. GPM - Mendaftar/mengemaskini maklumat pengguna peringkat sekolah dan memberi tahap capaian sistem kepada pengguna samada sebagai Guru Data/Guru Penyelaras NILAM/Setiausaha NILAM.
2. Guru Data - Mendaftar/mengemaskini maklumat kelas dan murid.
3. Setiausaha NILAM - Merekod/mengemaskini jumlah bacaan terkumpul setiap murid setakat 31 Disember 2009 dan jumlah bacaan bulanan murid setiap hujung bulan.
4. Guru Penyelaras NILAM - Mengesahkan data NILAM sekolah yang direkodkan oleh Setiausaha NILAM.

Sehubungan dengan itu, pautan kepada laman web berkenaan boleh dicapai pada 'link' PSS dan i-NILAM di sebelah kiri laman blog ini. Tiada tarikh akhir untuk pengisian borang penarafan ini, namun begitu adalah dinasihatkan kepada semua GPM/Guru Data/Guru Penyelaras NILAM/Setiausaha NILAM agar bertindak daripada sekarang bagi mengelakkan kesulitan untuk akses laman web berkenaan kelak. Sila berhubung dengan PKG Balik Pulau sekiranya menghadapi sebarang kesulitan.

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Pihak PKG Balik Pulau ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sekolah setempat yang telah mengisi data maklumat GPM/Guru ICT/GPB secara online baru-baru ini. Untuk pengetahuan semua, segala info terkini akan dimuat naik ke laman blog ini dengan harapan semua guru dapat menggunakan laman blog ini sebagai rujukan di sekolah terutama untuk PSS dan ICT. Semoga perkara ini akan berterusan agar semua sekolah setempat dapat membudayakan ICT sejajar dengan hasrat Bahagian Teknologi Pendidikan iaitu 'Teknologi Untuk Pendidikan Bestari'.

Terima Kasih Daun Keladi.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan & Media (GPM) Kali 1/2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

PKG Balik Pulau akan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan & Media (GPM) seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Februari 2010
Hari : Rabu
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Balik Pulau

Sehubungan dengan itu, sekolah yang tidak mempunyai sistem automasi PSS sendiri diminta membawa sekeping CDR kosong untuk tujuan rakam salin perisian automasi PSS secara percuma.

Untuk pengetahuan semua, surat panggilan mesyuarat telah dikeluarkan pada 02 Februari 2010. Justeru, kehadiran GPM ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Kajian Status Peralatan & Penggunaan TV di Sekolah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Sukacita dimaklumkan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang melaksanakan satu kajian keperluan dan keberkesanan terhadap peralatan TV di sekolah. Instrumen kajian tersebut boleh diakses melalui alamat URL berikut :


Sehubungan dengan itu, semua sekolah dikehendaki menjawab soalan instrumen tersebut secara online sebelum atau pada 10 Februari 2010. ID Pengguna dan Kata Laluan adalah sama seperti SSQS. Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi PKG Balik Pulau di talian 04-8666039.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2