Ucapan Penghargaan & Terima Kasih

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sekolah di kawasan PKG Balik Pulau atas kerjasama yang telah diberikan kepada saya selama saya berkhidmat sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Saya amat berharap kerjasama yang erat ini dapat diteruskan di antara sekolah dan PKG supaya kecemerlangan sekolah dapat dilahirkan pada masa ini dan juga akan datang.

Untuk pengetahuan semua, saya akan memulakan tugas baru saya sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Penaga bermula pada 01 April 2010. Teruskanlah usaha murni cikgu ini dalam memartabatkan PSS supaya berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian, terima kasih

Ahmad Fauzi Komari
Mantan Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Status Terkini Kutipan Data SPPICTS Kali 1/2010


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Status terkini kutipan Data SPPICTS kali 1/2010 setakat 31 Mac 2010 adalah seperti yang tertera. Justeru, kerjasama adalah dipohon kepada semua Guru ICT yang masih belum menyiapkan kutipan Data SPPICTS berkenaan supaya dapat berbuat demikian sebelum 09 April 2010. Sila semak kesemua medan-medan yang anda bakal isi bagi mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan. Adalah dinasihatkan supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera bagi mengelak kesesakan talian di saat-saat akhir.

Sekian, harap maklum

Hj. Mohd. Abas Aboo Bakar
Pegawai Teknologi Pendidikan 1

Maklumat Terkini SPPICTS Kali 1 Tahun 2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun ini SPPICTS menyediakan 8 medan inisiatif ICT untuk dijawab oleh pihak sekolah. Pecahan mengenainya adalah seperti ketetapan berikut:

1. Enam Medan Inisiatif ICT Utama (Wajib Diisi)
a) Makmal Komputer
b) Capaian Internet
c) Perisian Kursus Pendidikan
d) Peralatan PPSMI
e) EduwebTV
f) ICT Dalam Pengurusan & Pentadbiran

2. Dua Medan Inisiatif ICT (Jika terlibat)
a) Pusat Akses
b) Perkongsian Pintar

Justeru, pihak sekolah perlu menyemak semula medan-medan di dalam SPPICTS bagi mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan. Sebarang kemusykilan atau masalah boleh berhubung dengan PKG di talian 04-8666039 pada waktu pejabat.

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Keputusan Penarafan iQ-PSS BTP Tarantula Kali 1/2010




Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa semua sekolah setempat bagi PKG Balik Pulau telah berjaya menyiapkan penarafan kendiri untuk PSS masing-masing bagi Penarafan iQ-PSS BTP Tarantula Kali 1 Tahun 2010. Keputusan penuh penarafan kendiri iQ-PSS BTP Tarantula adalah seperti yang tertera. Pihak PKG ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sekolah atas kerjasama yang diberikan dalam menyiapkan penarafan kendiri ini. Adalah diharapkan kerjasama ini akan terjalin erat dalam usaha untuk memartabatkan IT disamping melahirkan PSS yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

TERIMA KASIH DAUN KELADI.............

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PKG Balik Pulau Kali Pertama Tahun 2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Balik Pulau akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kali Pertama seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23 Mac 2010
Hari : Selasa
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG

Mesyuarat ini bakal dirasmikan oleh Encik Mohamad Zabidi B. Abd. Rahman, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya.

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Maklumat Talian Schoolnet Sekolah Setempat Bagi PKG Balik Pulau

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri sedang membuat bancian terhadap talian schoolnet yang di bilkan oleh Telekom Malaysia ke bil telefon sekolah (Jika ada). Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta untuk emailkan data tersebut ke PKG melalui alamat email berikut:

pkgbalikpulau@gmail.com

Untuk makluman semua, borang data tersebut telah pun di emailkan ke email sekolah masing-masing. Sertakan salinan bil tersebut (jika ada) dalam bentuk 'hard copy' ke PKG. Sila emailkan data berkenaan pada atau sebelum 11 Mac 2010 (Khamis).

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Status Penarafan iQ-PSS BTP Tarantula Sekolah Setempat Bagi PKG Balik Pulau Kali 1/2010




Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang masih BELUM menyiapkan penarafan iQ-PSS BTP Tarantula setakat 04 Mac 2010. Untuk pengetahuan semua GPM, tarikh akhir penarafan tersebut adalah pada 12 Mac 2010. Sila berhubung dengan PKG di talian 04-8666039 pada waktu pejabat sekiranya menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan.

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Kutipan Data SPPICTS Tahun 2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa Kutipan Data SPPICTS akan berjalan seperti biasa pada tahun ini seperti ketetapan berikut:

1. Kutipan Pertama - 21 Mac hingga 09 April 2010
2. Kutipan Kedua - 20 Jun hingga 09 Julai 2010
3. Kutipan Ketiga - 19 September hingga 08 Oktober 2010

Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama semua sekolah agar dapat mengisi data berkenaan secara online dalam tempoh yang telah ditetapkan melalui alamat URL berikut:

1. http://ssqs.moe.edu.my atau
2. http://pnp.moe.edu.my atau
3. http://pkgbalikpulau.blogspot.com

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS)


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Astro sedang dalam proses membekalkan set Astro Kampus ke semua sekolah di Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama semua sekolah agar dapat mematuhi terma dan syarat lokasi pemasangan indoor set - Digital Multimedia Gateway (DMG) dan TV dan juga Out Door Unit (ODU) seperti berikut:

1. Peralatan DMG dan TV hendaklah diletakkan di lokasi berikut:
a) Bilik Media atau
b) Bilik Tayang atau
c) Pusat Sumber Sekolah (PSS) atau
d) Mana-mana bilik atau ruang yang selamat dan terkawal yang mesti dipersetujui oleh pentadbir sekolah dan Astro sebelum pemasangan, sekiranya bilik yang tersebut di atas tidak ada di sekolah tersebut.

2. Sekolah perlu menyediakan satu meja bersaiz 37" (T) x 33"(L) x 24" (P) untuk meletakkan perkakasan ini.

3. Menyediakan 1 AC Power Point untuk sambungan ke perkakasan.

4. Pemasangan ODU hendaklah dipasang di tempat yang sesuai dengan mengambil kira aspek keselamatan guru dan pelajar, seperti:
a) Di bumbung bangunan sekolah atau
b) Sekurang-kurangnya di tingkat 2 ( bagi bangunan yang melebihi 2 tingkat) atau
c) Mana-mana kawasan selamat yang dipersetujui oleh pentadbir sekolah.

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Status Penarafan iQ-PSS BTP Tarantula Sekolah-Sekolah Bagi PKG Balik Pulau Kali 1/2010




Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Berikut adalah status sekolah bagi PKG Balik Pulau yang masih BELUM menyiapkan penarafan iQ-PSS BTP Tarantula setakat 02 Mac 2010. Untuk pengetahuan semua GPM, tarikh akhir penarafan tersebut adalah pada 12 Mac 2010. Sila berhubung dengan PKG di talian 04-8666039 pada waktu pejabat sekiranya menghadapi sebarang masalah atau kesulitan berkenaan dengan perkara ini.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Tarikh Akhir Penarafan iQ-PSS BTP Tarantula Kali 1/2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh akhir Penarafan iQ-PSS BTP Tarantula adalah pada 12 Mac 2010. Sehubungan dengan itu, diminta kerjasama semua GPM agar dapat membuat penarafan iQ-PSS lebih awal bagi mengelakkan kesesakan talian pada tarikh akhir berkenaan. Pihak PKG telah pun memberikan tatacara pengisian data iQ-PSS dan tips bagaimana untuk menyelesaikan masalah 'internet browser' pada komputer di laman blog ini sekiranya GPM menghadapi masalah untuk melayari laman web iQ-PSS BTP Tarantula. Sila hubungi PKG di talian 04-8666039 pada waktu pejabat sekiranya menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Penangguhan Pengisian Data i-NILAM

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa pengisian data i-NILAM terpaksa DITANGGUHKAN buat sementara waktu atas sebab-sebab teknikal. Pihak PKG akan memaklumkan kepada semua sekolah apabila masalah teknikal tersebut telah dapat diperbaiki. Sebarang kemusykilan atau masalah boleh berhubung terus ke PKG di talian 04-8666039 pada waktu pejabat. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 2