Taklimat Inisiatif ICT dan Perlaksanaan Penyelenggaraan Alatan ICT Sekolah

Bagi melancarkan perlaksanaan penyelenggaran peralatan ICT sekolah, pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan pihak vendor dari syarikat yang terpilih akan mengadakan satu taklimat Inisiatif penyelenggaran ICT untuk Pengetua & Guru Besar /Guru ICT/Juruteknik sekolah-sekolah di kawasan PKG Balik Pulau & PKG Bayan Lepas pada tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 03hb. Ogos 2010
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Seri , Balik Pulau
Jam : 08.30 pagi
Tuan/puan Pengetua & Guru Besar semua sekolah PKG Balik Pulau & PKG Bayan Lepas dijemput hadir.
Segala pertanyaan berhubung perkara di atas sila hubungi En Adnan Bin Ghazali ditalian 0124917857
Sekian, Terima Kasih.

Mesyuarat & Bengkel Permurnian SSQS PKG Balik Pulau

PKG Balik Pulau akan mengadakan mesyuarat & bengkel permurnian SSQS untuk guru-guru ict sekolah-sekolah kawasan Balik Pulau pada seperti berikut:

Tarikh : 02hb. Ogos 2010
Tempat: Bilik Mesyuarat PKG Balik Pulau
Jam: 02.00 petang hingga 5.00 petang

Semua guru-guru ict sekolah-sekolah kawasan PKG Balik Pulau di jemput hadir ntuk melancarkan program ini.
sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Hj. Mohd. Abas Aboo Bakar di talian:
04-8666039 : Pejabat
019 -4465497 : HP

Sekian. Terima Kasih
Hj. Mohd. Abas Bin Aboo Bakar
PTP1PKG Balik Pulau

PENARAFAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Penarafan SSQS bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan 2010 dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari yang dipengerusikan oleh Ketua Setiusaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Flagship Coordination Comittee FCC) yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Ketua Setiausaha Negara.

3. Sehubungan dengan itu kerjasama tuan/puan dipohon untuk membantu menyelaraskan pelaksanaan tersebut di sekolah. Tempoh penarafan bermula dar 19 Julai hingg 30 Ogos 2010. Kerjasama tuan juga dipohon untuk menggunakan indikator SSQS Jun 2008.

4. Sebarang pertanyaan , pihak tuan/puan boleh menghubungi Pn. Maimunah Bt. Mohd. Tahir di talian 03 - 20987753 atau En. Mahmud Pa'aid bin Yusoff, 03 - 20987012 atau emel kepada best@moe.edu.my

Kerjasama tuan/pua didahului dengan ucapan terima kasih.

Hj. Mohd. Abas Bin Aboo Bakar

PTP1 PKG Balik Pulau

Kutipan Data SPPICTS Bil 2 Tahun 2010


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Pihak PKG ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru ICT atau GPB kerana telah berjaya menyempurnakan Kutipan Data SPPICTS Bil 2 yang lalu. Kutipan Data SPPICTS Bil 3 Tahun 2010 akan berjalan pada suku keempat dalam tahun ini. Sama-samalah kita bersedia pada kutipan yang terakhir dalam tahun ini.

Sekian, harap maklum.

Status Terkini Kutipan Data SPPICTS Bil. 2/2010


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Status terkini Kutipan Data SPPICTS Bil. 2/2010 adalah seperti yang tertera. Justeru, dipohon kerjasama sekolah berkenaan agar dapat mengisi data tersebut sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan sebarang masalah atau kesulitan.

Sekian, harap maklum.