Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) akan melaksanakan pengedaran bagi pembekalan Netbook 1Malaysia.
Tatacara pengedaran Netbook 1Malaysia adalah seperti berikut :
1. Syarikat Logistik akan menghantar dan menurunkan Netbook di PKG/Sekolah.
2. DO akan ditandatangani oleh Syarikat Logistik/Vendor/SKMM.
3. Vendor akan mengangkat dan meletakkan Netbook di bilik yang telah
diputuskan oleh PKG/Sekolah.
4. Vendor akan menyemak penerimaan dengan merujuk kepada bilangan dan
nombor siri setiap kotak.
5. SAP akan ditandatangani oleh Vendor/PKG/Sekolah