GARIS PANDUAN PEMBEKALAN NETBOOK 1MALAYSIA BAGI PKG DAN SEKOLAH PULAU PINANG 2014

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) akan melaksanakan pengedaran bagi pembekalan Netbook 1Malaysia.


Tatacara pengedaran Netbook 1Malaysia adalah seperti berikut :

1. Syarikat Logistik akan menghantar dan menurunkan Netbook di PKG/Sekolah.
2. DO akan ditandatangani oleh Syarikat Logistik/Vendor/SKMM.
3. Vendor akan mengangkat dan meletakkan Netbook di bilik yang telah  
    diputuskan oleh PKG/Sekolah.
4. Vendor akan menyemak penerimaan dengan merujuk kepada bilangan dan 
    nombor siri setiap kotak.
5. SAP akan ditandatangani oleh Vendor/PKG/Sekolah